TERKINI : Ini Betul-Betul Melampau “Bawal Exclusive Harga RM50,000 Jual RM15 Sehelai” – Pengasas

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba ‘menciplak’ cap dagang syarikat itu dengan menjual tudung tiruan.

Pengasas syarikat berkenaan, Haliza Maysuri berkata, pihaknya kesal dengan pihak-pihak terbabit yang telah mengambil kesempatan dengan menggunakan secara keseluruhan jenama Bawal Exclusive yang diusahakanya sejak 21 tahun lalu.