Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Dr. Rosli Yaakop bercakap kepada media pada Program Foodbank YaPEIM 1.0 : Sumbangan Makanan Ready To Eat di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS Kampus Batu Muda, Batu Caves, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Siasatan dalaman Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terhadap Ketua Pengarahnya yang digantung Datuk Abibullah Samsudin dijangka selesai akhir bulan ini.

Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM, Dr. Rosli Yaakop berkata, proses seterusnya akan diteruskan sama ada wujud keperluan untuk Abibullah  membuat rayuan atau sebaliknya sehingga ke peringkat mahkamah.

“Siasatan dalaman tidak habis lagi. Hujung bulan ini. Ia sebahagian daripada proseslah, jadi proses itu berjalan lagi. Nanti ada proses rayuan, kalau tidak selesai ada proses mahkamah, mahkamah yang akan putuskan,” katanyas ketika ditanya tentang perkembangan siasatan yang dilaporkan bermula sejak Mei lalu.

Untuk rekod, Abibullah digantung sementara sejak 21 Mei yang lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan ke atas berhubung dakwaan salah laku.

Difahamkan, Abibullah digantung tugas kerana didakwa terbabit aktiviti kempen pada PRU-14.

Ia sejurus laporan polis yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, penularan video seorang lelaki didakwa Abibullah mempengaruhi kakitangan YaPEIM pada PRU-14.-MalaysiaGazette