Ketua Ekonomi, Makroekonomi, Perdagangan dan Amalan Pelaburan Global Bank Dunia, Richard Record berkata, paras hutang negara masih sederhana dan tidak membimbangkan.

PUTRAJAYA – Malaysia perlu mewujudkan halangan fiskal untuk menangani sebarang kontigensi, kata Pengurus Negara dan Wakil World Bank Group ke Malaysia, Dr Firas Raad.

“Nasihat umum kami kepada kerajaan pada masa ini adalah memikirkan tentang melakukan penimbal fiskal dan pastikan terdapat ruang fiskal yang mencukupi untuk menangani sebarang kontingensi yang mungkin muncul,” katanya kepada media selepas pelancaran Laporan WBG mengenai Pemantauan Kekurangan Pekerjaan: Pelajaran Dari Senarai Pekerjaan Kritikal Malaysia (COL) oleh Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran di sini hari ini.

Raad berkata, kerajaan sedang berusaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi tanpa menghakis disiplin fiskal dan menghadapi cabaran dalam mengimbangi kedua-duanya.

Beliau berkata, Bank Dunia menjangkakan Malaysia akan mengekalkan sasaran defisit fiskal sebelum ini iaitu sebanyak 3.0% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar tahun depan apabila ia mengumumkan belanjawan persekutuan pada bulan Oktober.

Mengenai laporan tahunan, Raad berkata, COL Malaysia adalah platform yang inovatif untuk mengikuti perkembangan pasaran pekerja yang berkaitan dengan teknologi baru, automasi dan Industri 4.0.

“Banyak negara di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, menghadapi ketidakseimbangan antara permintaan buruh dan bekalan tetapi gagal menerapkan pelajar dan pencari kerja secara efektif dengan cara yang menangani ketidakseimbangan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast