Kim kali terakhir merangkul gelaran Grand Slam dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia pada tahun 2011 sebelum menggantung raketnya untuk fokus keluarganya.

BRUSSELS – Bekas Ratu tenis nombor satu dunia Kim Clijsters bakal kembali ke gelanggang semula pada usia 36 tahun.

Kim dikatakan akan memulakan semula kariernya menerusi Jelajah WTA pada 2020.

Ratu warga Belgium itu bersara pada 2007 untuk memberi fokus kepada rumahtangganya.

Namun semangat kesukanan dalam dunia tenis yang ditunjukkan jaguh yang sudah berstatus ibu seperti Serena Williams dan Victoria Azarenka memberi inpirasi kepadanya untuk membuat keputusan kembali menyambung semula kariernya.

Bekas nombor satu dunia itu kembali semula apda tahun 2009 dan menang tiga gelaran Grand Slam termasuk Terbuka Australia pada tahun 2011 sebelum menggantung raket kali kedua pada 2012.

Para ibu cuba bersaing pada tahap tinggi dalam dunia tenis hari ini dan itulah menjadi inspirasi untuk saya kembali semula.

“Saya tidak berasa untuk membuktikan sesuatu sebaliknya saya menganggap ia sebagai cabaran.

“Sasaran saya sekarang ini adalah kembali cergas untuk bersaing pada tahap tinggi dan kalaiu bernasib baik tengoklah jika saya boleh merangkul Grand Slam sekali lagi,” katanya.

Clijsters mensasarkan untuk kembali ke gelanggang tenis pada Januari 2020 tetapi menegaskan dia akan terus fleksibel dalam menyusun semula jadualnya.

Clijsters kini perlu beraksi dalam tiga kejohanan atau memungut 10 mata ranking untuk menempatkan kembali dirinya dalam rangking dunia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast