Gelagat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan semasa menyaksikan persembahan pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 31 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengaktifkan semula akaun Twitter Baginda yang menyatakan kesedihan terhadap penahanan seorang individu yang didakwa memuatnaik komen berbaur hasutan.

Menurut Tunku Azizah, Baginda mengetahui mengenai penahanan itu menerusi anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah.

“Afzan kejut saya tadi “mama polis tangkap 2 orang!”, sy sedih & MARAH & terus activate kan twitter, tdk ada niat sy supaya mereka itu di tangkap polis, sy sendiri beritahu pihak istana utk beritahu pihak polis jgn ambil tindakan , i repeat again, i dectivated not bcos of THEM (saya ulang sekali lagi. saya menyahaktifkan bukan kerana mereka)

“as i said, i deactivated not bcos i was upset by comments made but for personal reasons .. BUT TODAY I M TRULY UPSET THAT POLICE HAVE DETAINED THOSE PEOPLE … thru the yrs, my husband n i have never made any police report on bad things said about us … its a free country… (seperti saya katakan, saya menyahaktifkan bukan kerana saya sedih dengan komen-komen yang dilakukan tetapi kerana alasan peribadi.. tetapi hari ini saya sangat sedih bahawa polis telah menahan prang ini …selama ini, suami saya dan saya tidak pernah buat sebarang laporan polis ke atas perkara-perkara buruk yang diperkatakan terhadap kami … ini negara bebas …,” kata Baginda.

Semalam, polis menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Tunku Azizah berkata, walaupun selama ini Baginda dan suami dikeji, dituduh, dihentam, dimakihamun dalam cari.com namun pasangan DiRaja itu tidak pernah buat laporan polis polis.

Tambah Tunku Azizah, Baginda tidak pernah berasa sedih malah ketawa apabila bila membacanya kerana Allah tahu siapa diri Baginda.

Raja Permaisuri Agong itu  mahu semua orang tenang seperti mana yang sering diingatkan oleh puteri Baginda kepadanya ‘CHILL MAMA , whenever i m upset!’ (tenang mama, apabila saya sedih’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast