Raheem Sterling diburu Zidane untuk membentuk pasukan Real Madrid yang mantap menjelang musim hadapan.

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berpendapat penyerangnya, Raheem Sterling belum mencapai taraf dua bintang dunia Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Malah dia juga beranggapan belum ada mana-mana pemain yang berupaya menyamai prestasi cemerlang Messi dan Ronaldo.

Sterling sebelum in kerap dibandingkan dengan dua pemain berkenaan.

Malah pengurus England, Gareth Southgate juga yakin prestasi Sterling mampu mencapai tahap Messi dan Ronaldo sekiranya penyerang Three Lions itu kekal konsisten.

Pujian yang diberikan itu belum membuatkan Guardiola gembira kerana dia sendiri belum bersedia untuk bersetuju dengan reaksi positif terhadap penyerang berkenaan.

“Messi dan Ronaldo adalah legenda, kekal konsisten dan unik dalam dunia bola sepak malah saya sentiasa harap Sterling mampu menyamai tahap mereka suatu hari nanti.

“Saya telah lama bersama Messi dan Ronaldo suatu ketika dahulu dan saya juga terpaksa akui ketika ini belum ada mana-mana pemain yang menyamai prestasi luar biasa dua penyerang berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette