Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seri Alam hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang warga Afrika didakwa menggunakan gambar Ahli Parlimen Pasir Gudang dalam akaun Facebooknya.

Selepas menyedarinya, Hassan Abdul Karim membuat laporan polis bimbang gambarnya akan disalahgunakan pemilik akaun yang didakwa berasal dari Nigeria.

Hassan membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Seri Alam hari ini.

“Pemilik akaun media sosial itu ada berniat jahat menggunakan gambar foto diri saya untuk tujuan menipu orang awam bagi tujuannya mengutip dana secara jenayah menggunakan nama pertubuhan Lions Clubs International Foundation Grant.

“Jadi saya nasihatkan orang awam supaya waspada dan jangan tertipu dengan penjenayah ini,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast