Charles Santiago.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dijangka memberi keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pukul 10.45 pagi esok.

Santiago dalam kenyataan ringkas kepada media memberitahu, beliau dipanggil oleh PDRM bagi membantu siasatan laporan yang dibuat oleh pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Wakil rakyat itu merupakan salah seorang daripada lima individu yang dinamakan oleh Dr Zakir Naik dalam laporan polis yang dibuatnya baru-baru ini.

Empat yang lain ialah Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius.

BACA: https://malaysiagazette.com/2019/08/22/penceramah-bebas-dr-zakir-naik-beri-keterangan-di-bukit-aman/

Dalam laporan yang ditulis sendiri oleh Zakir, beliau turut menyenaraikan beberapa pautan laporan berkaitan dakwaan semua individu berkenaan.

Zakir juga mendakwa, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat semua individu berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis panggil individu-individu didakwa fitnah Dr Zakir Naik minggu depan