Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Individu-individu yang didakwa memfitnah penceramah bebas Dr Zakir Naik akan dipanggil Bukit Aman minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis akan merakamkan percakapan mereka untuk membantu siasatan.

“Mereka akan dipanggil minggu depan dan kami mahu siasatan secepat mungkin,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau turut berkata, siasatan terhadap Dr Zakir berhubung kenyataan perkauman semasa ceramahnya di Kelantan, Huzir berkata, kertas siasatan sudah pun dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dan polis sedang menunggu keputusan selanjutnya. – MalaysiaGazette