Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika bercakap kepada media pada Kejohanan The Putrajaya Boat Race 2019 di Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 15 SEPTEMBER 2019

PUTRAJAYA – Kehadiran Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara ‘solo’ ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan ulang tahun ke-3 penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih jadi tanda tanya.

Malah ketika wartawan terus mengasak tentang kemungkinan Mohamed Azmin berniat untuk masuk ke parti tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada awalnya cuba mengelak sambil menyatakan ramai pemimpin lain juga telah dijemput.

Sambil menyebut antara pemimpin termasuk Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar juga dijemput ke majlis sambutan tahun ke-3 itu, kata Pengerusi PPBM akhirnya berkata,  beliau sebenarnya tidak kisah jika ada yang berminat menyertai partinya.

“Xavier juga datang jemputan. Ramai juga datang ke majlis tersebut. Tapi tidak ada sesiapa yang buat apa-apa permohonan.

“Jika Azmin ada buat permohonan, sudah tentu kita akan buat pertimbangan untuknya masuk PPBM tapi buat masa ini tidak ada apa-apa lagi,” katanya ringkas.

Ini bukan kali pertama Mohamed Azmin dikhabarkan akan meninggalkan PKR kerana wujudnya krisis dalaman dalam parti yang telah disertai olehnya sejak lebih 20 tahun lepas.

Julai lalu terdapat spekulasi yang mendakwa Azmin akan keluar PKR dan menyertai parti Gerakan sebagai wadah baru dalam kerjaya politiknya susulan krisis yang sedang melanda Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dengan dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin memuncak.

Walaupun saban kali setiap dakwaan ini sentiasa disangkal oleh pihak-pihak tertentu namun apa yang pasti, perpecahan tampak semakin nyata apatah lagi sikap ‘dingin’ Azmin yang tidak menghadirkan diri ke mesyuarat biro politik sejak sekian lama. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast