Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Himpunan Penyatuan Ummah berjaya menyatupadukan blok pembangkang pada hari ini, sekali gus menamatkan persengketaan enam dekad antara Pas dan UMNO.

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnanberkata, pemeteraian Piagam Muafakat Nasional ini sebenarnya merisaukan Pakatan Harapan.

Katanya, DPIM menyokong dan mendorong Muafakat Nasional itu yang kini menjadi harapan baharu rakyat Malaysia.

“Rakyat kini mempunyai pilihan yang lebih baik, untuk memilih gabungan pembangkang melalui Muafakat Nasional yang menjiwai denyut nadi orang Melayu, Cina, India dan seluruh kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Shahir menambah, Muafakat Nasional adalah terjemahan kepada perpaduan antara kaum yang menjadi teras kepada visi dan misi Parti Ikatan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, ia kini semakin dicabar oleh segelintir rakyat Malaysia yang mahu merobek perpaduan antara kaum.

Isu-isu perkauman seperti pembelajaran Jawi, kesenian Khat dan promosi barangan buatan orang Islam dijadikan modal politik untuk memberikan persepsi negatif kepada Penyatuan Ummah, ujarnya. – MalaysiaGazette