Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Tangkak dan Bandaraya Melaka merekodkan kualiti udara sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing 249 dan 216 setakat jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, 24 lokasi mencatatkan IPU tidak sihat dengan trend bacaan menaik.

Port Dickson, Negeri Sembilan menyaksikan peningkatan dalam bacaan IPU 159 pada jam 7 pagi tadi kepada 188 pada pukul 10.

Di Melaka, trend IPU menaik juga direkodkan di Bukit Rambai dan Alor Gajah, masing-masing 191 dan 157.

Di Johor, bacaan IPU di Segamat (163), Batu Pahat (185), Kluang (154), Pasir Gudang 110 dan Larkin (168).

Di Pahang, IPU Rompin (114) dan Indera Mahkota Kuantan (106).

Sandakan dan Kota Kinabalu, masing-masing dengan bacaan IPU 105 dan 112.

Di Sarawak, ILP Miri (128), Miri (109), Samalaju (114), Bintulu (144) dan Mukah (120).

Sibu (156), Sarkei (167), Sri Aman (166), SK Kuala Baram 2 (108) dan Samarahan (182).

Manakala Kuching 195 selepas berada kualiti udara sangat tidak sihat sejak semalam.

Sementara itu, pembenihan awan akan dilaksanakan di Selangor dan sebahagian Semenanjung Malaysia esok,

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, ata pembenihan awan itu sepatutnya dijalankan pada hari ini tetapi ini terpaksa ditangguhkan kerana keadaan atmosfera dan awan yang tidak memuaskan.

Isnaraissah berkata, walaupun pembenihan awan sedang dijalankan, ia bukan satu penyelesaian untuk membendung jerebu berulang, sebaliknya perlu menangani punca jerebu. – MalaysiaGazette