Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di seluruh negara menunjukkan tahap sangat tidak sihat setakat pukul 10 pagi hari ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Klang (205), Putrajaya (203), Kuching (247), Samarahan (219) dan Sri Aman (219).

Manakala, 29 stesen lain turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini. – MalaysiaGazette