Aubameyang (kanan) kelihatan gembira selepas pasukannya berjaya menyamakan kedudukan dengan mata seri 2-2

LONDON – Skuad Gunners bernasib baik selepas berjaya memungut satu mata bagi memusnahkan harapan Watford apabila seri 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggersi perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Perkara itu diakui Kapten Arsenal, Granit Xhaka apabila melihat Pierre-Emerick Aubameyang tampak menempatkan Gunners dalam keadaan selesa apabila dia meledak dua kali dalam tempoh 11 minit sebelum rehat.

Bagaimanapun, Sanchez Flores, yang dilantik sebagai bos Hornets buat kali kedua minggu lalu hanya mampu mengutip satu mata dalam empat perlawanan di awal liga menyaksikan Javi Gracia dipecat.

Keadaan itu telah menggembirakan penyokong tuan rumah dengan kebangkitan dalam babak kedua.

“Kami bermain dengan buruk pada babak kedua. Anda boleh berkata kami gembira memungut satu mata.

“Kami takut pada babak kedua. Kami tahu mereka akan bangkit dan memberikan tekanan buat kami tetapi kami perlu menunjukkan cara sebenar dan tidak takut,” kata Xhaka..

Arsenal memainkan peranan besar dalam kejatuhan mereka sendiri apabila kerap kali hilang bola dalam kawasan sendiri dan cuba bermain jauh dari belakang. – MalaysiaGazette