Operasi Pembenihan Awam oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dibantu anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). Empat tong berisi air yang dilarutkan garam dimasukkan ke dalam pesawat bagi proses pembenihan awan berikutan jerebu yang melanda di Pengkalan TUDM, Subang. foto FAREEZ FADZIL, 16 SEPTEMBER 2019
SUBANG – Pesawat TUDM C-130 yang dikendalikan oleh Mejar Norlela Harun bersama lapan pegawai dan anggota berlepas dari Pangkalan TUDM Subang di sini sekitar jam 12.52 tengah hari bagi memulakan Operasi Pembenihan Awan.
Operasi tersebut dilangsungkan oleh Jabatan Meteorolgi Malaysia (MET Malaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Persiapan untuk pembenihan awan itu bermula kira-kira pukul 8.50 pagi dengan proses melarutkan 800 kilogram garam bersama 4,800 liter air ke dalam empat tong berkapasiti 1,500 liter setiap satu.

Taklimat pengoperasian, penerbangan dan keselamatan disampaikan kepada 23 anak kapal yang terdiri daripada pegawai MET Malaysia, TUDM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wakil-wakil media tempatan dan antarabangsa.

Anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) memasukkan tong berisi air yang dilarutkan garam ke dalam pesawat bagi proses pembenihan awan berikutan jerebu yang melanda di Pengkalan TUDM, Subang. foto FAREEZ FADZIL, 16 SEPTEMBER 2019

Awani melaporkan, sewaktu taklimat tersebut, media dimaklumkan bahawa sektor pengoperasian tertumpu di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ini kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan trend menurun di beberapa kawasan di Johor.  – MalaysiaGazette