karolina Pliskova juara WTA Tenis terbuka Zhangzhou, China semalam.

BEIJING – Karolina Pliskova merangkul gelaran tenis wanita WTA Terbuka Zhengzhou di China semalam.

Pemain yang menduduki rangking nombor dua dunia itu mudah menjinakkan ratu Croatia  6-3 6-2 dalam aksi lasak hujan lebat.

Pliskova hanya mengambil masa 77 minit untuk merangkul gelaran WTA yang ke-15 dalam kariernya.

Ratu tenis warga negara Republic Czech itu selaku pilihan juara kejohanan kali ini hanya tewas satu set sepanjang kejohanan sebelum mara ke final dan menjulang gelaran.

Sebelum ini Pliskova berjaya merangkul gelaran Tenis WTA Terbuka Brisbane, Rom dan Eastbourne tahun ini.

Walaupun Pliskova akan merapatkan kedudukannya dengan bintang Australia Ashleigh Barty dari segi koleksi kejuaraan, namun Pliskova masih belum pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam.

Aksi terbaiknya pada tahun ini adalah mara ke separuh akhir Terbuka Australia pada Januari lalu sebelum tewas kepada Ratu Jepun Naomi Osaka.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.