TERKINI : 5,000 Umat Islam Banjiri Surau Ar Rahman PWTC

Hampir 5,000 umat Islam yang membanjiri Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman yang disediakan di sini.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ust Shukri Ali sementara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku khatib yang membacakan khutbah Jumaat.

Sejurus selesai solat Jumaat, jemaah yang hadir turut bersama-sama menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon agar dipermudahkan urusan dan program Himpunan Penyatuan Ummah berjalan lancar.