TERKINI : “Ta’awun” Penyatuan PAS-UMNO Dapat Restu Allahyarham Nik Aziz

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan bahawa penyatuan antara kedua-dua parti telah mendapat persetujuan bekas Mursyidul Am Pas, Allayarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Hadi berkata perkara itu dipersetujui oleh Nik Aziz semasa hayat beliau sama seperti kerjasama Pas-UMNO pada 1970 lalu.

“Ta’awun ini ialah satu istilah sepakat dengan allahyarham Datuk Seri Nik Aziz masa beliau masih hidup lagi.

“Kerjasama masa 1970 lalu adalah ta’aruf kerjasama. Dan kita kena perkenalan perkataan baru iaitu cooperation.