Sebuah kereta api tergelincir di stesen Hung Hom. Foto Agensi

HONG KONG – Seorang cedera selepas sebuah kereta api MTR tergelincir hingga menjejaskan perkhidmatan pengangkutan itu hari ini semasa waktu puncak.

Susulan kemalangan itu, beratus-ratus penumpang yang berada di dalamnya cuba keluar daripada kereta api yang tergelincir.

Stesen RTHK berkata, kereta api itu tiba-tiba bergoyang dan sebuah pintu terbang sebelum kereta berhenti berhampiran stesen Hung Hom.

Gangguan pengangkutan MTR yang digunakan hampir 6 juta pelanggan setiap hari itu terjadi selepas sebuah kereta api meninggalkan stesen di bandar Kowloon.

Setakat ini, pengendalinya, MTR Corp belum memberi sebarang penjelasan berhubung insiden berkenaan.

Kemalangan membabitkan kereta api jarang berlaku di bandar raya tersebut. – MalaysiaGazette