Annuar Musa.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Muafakat Nasional akan membawa lebih banyak parti ke arah politik kesederhanaan dan penyatuan.

Setiausaha Agung UMNO itu menyatakan keyakinannya bahawa jalinan penyatuan ummah atau permuafakatan nasional yang dimeterai 14 September lalu bakal memupuk politik berteraskan kepelbagaian kaum.

Beliau dalam ciapan twitternya memuat naik status tersebut menjelaskan perkembangan terkini piagam muafakat kedua dua parti Melayu itu.

“Muafakat Nasional akan membawa lebih banyak parti ke arah politik kesederhanaan dan penyatuan. Ia bakal memupuk politik berteraskan kepelbagaian kaum.

“Malah Pas dan UMNO dijangka membuka pintu lebih luas kpd penyertaan pelbagai kaum dan murnikan amalan Co Existance, No Racism,” katanya.

Beliau menambah bahawa sesungguhnya Sarawak adalah sebuah negeri contoh yang mana pentadbirannya (state Sivil service) examplary, imigran terkawal, negeri yang pesat membangun, rakyatnya sangat harmoni.

“PBB dan GPS cukup berjaya. Parti-parti dalam PH harus belajar dari PBB dan GPS, parti tempatan!” kata beliau dalam akaun twitternya.

Annuar Musa juga menegaskan bahawa membenci seseorang kerana suku kaumnya adalah haram di sisi Islam.

“Tidak ada satu kaum atau satu warna kulit yang lebih mulia dari yang lain. Allah tidak melihat pada rupa atau warna seseorang tapi Allah lebih melihat pada hati dan ketakwaan seseorang.. justeru berkasih sayanglah sesama insan,” katanya

Menurutnya UMNO dan Pas akan terus berhubung dengan semua pihak bagi menjelaskan muafakat Nasional dan membuka pintu pada semua berdasarkan prinsip “Ud’u ila sabilirabbika bil Hikmah Walmau izatil Hasanah.Wajaa dilhum billati hia ihsan’. – MalaysiaGazette