Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) turut diiiringi Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahya (kanan) pada sidang media selepas Pelancaran Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 18 SEPTEMBER 2019

PUTRAJAYA – Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak pernah membuat permintaan kepada Malaysia untuk menghantar pulang pendakwah, Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Modi hanya menyentuh isu Zakir ketika pertemuan mesyuarat dua hala sebelum Sidang Kemuncak Ekonomi Timur yang berlangsung di Rusia baru- baru ini.

“Saya jumpa Narendra Modi, mereka tidak bangkit isu hantar pulang, beliau hanya sebut Zakir,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kerangka Kerja Dasar Luar Malaysia Baharu di sini hari ini.

Zakir kini merupakan orang yang dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan penggubahan wang dan menghasut menerusi ceramahnya. – MalaysiaGazette