Pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang masih terjejas akibat jerebu. foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Lima kawasan di Sarawak dan Balik Pulau, Pulau Pinang masih merekodkan bacaan kualiti udara sangat tidak sihat setakat jam 7 pagi ini.

Kawasan berkenaan adalah Sibu (234), Sarikei (224), Sri Aman (206), Samarahan (229) dan Kuching (271).

Balik Pulau pula merekodkan bacaan 219.

Bagi bacaan IPU, 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 adalah tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 dan ke atas adalah berbahaya.

Johan Setia, Klang yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat semalam sudah berada dalam kategori tidak sihat dengan bacaan 188.

Selain itu 40 kawasan juga mengalami kualiti udara tidak sihat.

Di Kedah, IPU di Sungai Petani (129) dan Kulim Hi-Tech (141), manakala Seberang Jaya, Seberang Perai dan Minden masing-masing merekodkan 145, 138 dan 177.

Di Perak, Taiping (139), Tasek Ipoh (146), Pegoh Ipoh (122) dan Seri Manjung (127).

Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan pula masing-masing dengan bacaan 155 dan 148.

Manakala Putrajaya 150.

Di Kuala Selangor (135), Petaling Jaya (167), Shah Alam (156), Klang dan Banting (145).

Nilai, Seremban dan Port Dickson pula masing-masing dengan IPU 167, 136 dan 157.

Alor Gajah (134). Bukit Rambai (141) dan Bandaraya Melaka (138).

Di Johor, Segamat merekodkan IPU 146, Batu Pahat (130), Kluang (139), Larkin (164), Pasir Gudang (133). Pengerang (111), Kota Tinggi (128) dan Tangkak (131).

Temerloh, Pahang pula 102.

Di Kemaman, Paka dan Kuala Terengganu mencatatkan IPU 103, 104 dan 111.

Sementara itu, ILP Miri (107), Miri (109), Samalaju (132), Bintulu (151) dan Mukah (151).