KUALA LUMPUR – AirAsia menawarkan 6 juta tempat duduk kepada semua ahli AirAsia Big melalui Jualan Hebat AirAsia bagiĀ  beberapa destinasi di dalam di luar negara.

Promosi itu menawarkan tambang daripada serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching dan RM50 untuk laluan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi.

Manakala penerbangan bersama AirAsia X serendah RM196 dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne daripada RM796.

Selain itu, nikmati diskaun 16% apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60% untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September 2019 (0001h GMT +8) hingga 26 September 2019 (2400 GMT +8) untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses terlebih dahulu selama 24 jam mulai 22 September (0001h GMT +8). – MalaysiaGazette