KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan melancarkan logo rasmi Belanjawan 2020 sebagai satu ikon simbolik kepada semangat kemakmuran dan perpaduan serta rakyat Malaysia.

Logo tersebut boleh dimuat turun di dalam portal Cadangan Belanjawan 2020 (www.belanjawan2020.treasury.gov.my) mulai hari ini dan laman sesawang rasmi Kementerian Kewangan selepas tarikh pembentangan Belanjawan 2020.

Signifikannya pengenalan kepada logo rasmi adalah bertujuan untuk mengelakkan orang awam keliru dengan lambakan logo belanjawan di internet, kata satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini.

Oleh itu, dengan adanya logo rasmi Belanjawan 2020 ini, maka rakyat jelas akan pemilikan utama maklumat Belanjawan 2020.

Belanjawan 2020 merupakan belanjawan kali kedua yang akan dibentangkan sepanjang pemerintahan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.

Tahun 2020 juga merupakan satu mercu kemuncak kepada pembangunan negara yang menjadi perhatian oleh semua rakyat Malaysia.

Pada tahun ini, Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.- MalaysiaGazette