TERKINI : Rakyat Perlu Belajar Dari Sejarah Lama – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Warisan dan budaya amat penting dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, kata beliau, ia tidak seharusnya dipinggirkan kerana tamadun lampau, sejarah, kesan perjuangan bangsa zaman dahulu amat penting diselidik serta diberi penilaian agar rakyat dapat belajar dari sejarah lama.