TERKINI : Sedih Kami Bukan Haiwan “Mak Cik Sanggup Berdepan Untuk Anak dan Cucu”

Penduduk Paya Jaras Hilir yang menghuni khemah sementara selepas rumah mereka dirobohkan kerajaan Selangor berharap agar penderitaan yang dialami tidak akan berpanjangan.

Rata-rata penduduk yang menjadi mangsa dan penghuni khemah yang didirikan oleh Pas kawasan Sungai Buloh memberitahu, mereka tidak pernah terfikir menjadi insan sedaif itu dalam sekelip mata.