Celtic didenda Uefa kerana membiarkan penyokong mengamuk dan membaling objek serta suar semasa perlawanan kelayakan Liga Europa Ogos lalu

SCOTLAND – Juara Liga Scotland, Celtic didenda 11,000 pound oleh Persekutuan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semalam.

Tindakan itu diambil ekoran insiden membaling suar dan beberapa objek oleh penyokong kelab itu semasa aksi play-off Liga Europa Ogos lalu.

Celtic menang 4-1 menentang AIK di Stolkholm dalam pusingan kelayakan liga Europa itu.

Badan Disiplin, Etik dan Kawalan UEFA bersidang pada Khamis untuk memutuskan tindakan ke atas juara liga Scottish itu.

Celtic pula mendakwa kekecohan dimulakan oleh penyokong kelab lawan di Arena Friends.

Pada masa yang sama Kelab AIK pula didenda 7,000 pound kena menghalang tangga semasa perlawanan sehingga mencetuskan kekecohan.

Celtic dalam kempen pusingan kelayakan itu menang 6-1 dengan Agregat di peringkat kumpulan selepas terikat seri dalam aksi pertama di Rennes.

Ini merupakan kali ke-17 Celtic didenda kesatuan bola sepak Europa selepas kali terakhir didenda atas masalah disiplin penyokong pada 2007.

Denda sebelum ini dikenakan dua tahun lalu iaitu sebnayak 8,900 pound kerana penyokong telah menceroboh memasuki padang semasa perlawanan berlangsung dan cuba menendang pemain Paris Saint Germain.- MalaysiaGazette