Zinedine Zidane

LONDON – Bekas pengurus Manchester United dan Chelsea, Jose Mourinho, disebut-sebut akan kembali menguruskan Real Madrid.

Perkara itu diulas pengurus pasukan berkenaan, Zinedine Zidane apabila menyatakan Los Blancos mengalami permulaan yang sukar untuk musim ini.

Zidane yang mengaitkan spekulasi tersebut memberitahu, Mourinho bakal menggantikannya di Bernabeu.

“Saya tak berminat apa yang dikatakan di luar kelab, saya ambil perhatian dalam laporan akhbar pada hari saya meninggalkan kelab.

“Saya berasa dalam kedudukan yang kukuh dan saya tak pernah putus asa.

Jose Mourinho

“Saya akan terus mencuba hingga ke minit akhir selagi kelab memberikan peluang kepada saya untuk meneruskannya,” kata Zidane, lapor Miror.UK.

Bagaimanapun, Mourinho bukan satu-satunya dikaitkan dengan jawatan pengurus pasukan, malah bekas pemain Real Madrid dan Sepanyol, Xabi Alonso dan Massimo Allegri turut disebut-sebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.