Kapal tangki Stena Impero. foto Agensi

STOCKHOLM – Stena Impero, kapal tangki milik British yang ditahan oleh Iran pada 19 Julai lalu akan dibebaskan tidak lama lagi, kata seorang pegawai maritim.

Kapal tersebut ditahan oleh Pengawal Revolusi Iran di Selat Hormuz atas dakwaan pelanggaran marin, dua minggu selepas Britain merampas kapal tangki Iran dari Gibraltar.

Tetapi Kapal Iran itu itu telah diserahkan semula pada bulan Ogos.

“Selepas mengeluarkan keputusan akhir penahanan kapal tangki Stena Impero, pemulangan kapal ini akan disegerakan selepas 65 hari ditahan.

“Kapal ini akan dilepaskan dari Pelabuhan Bandar Abbas ke perairan antrabangsa,” kata Allahmorad Afifipour, Ketua Pelabuhan dan Maritim Iran di Wilayah Hormozgan.

Walaupun proses untuk kapal tangki untuk keluar dari perairan Iran telah bermula tetapi kes undang-undang terhadap kapal masih terbuka dan keputusan kes akan diumumkan, kata Afifipour.

Namun, beliau tidak memaklumkan bila kapal berkenaan akan dilepaskan.

Bagaimanapun, syarikat firma Sweeden yang merupakan pemilik Stena Impero berkata, kapal itu akan dibebaskan dalam beberapa jam lagi.

Stesen Sweden SVT memetik Ketua Eksekutif Stena Bulk, Erik Hanell sebagai berkata: “Kami telah menerima maklumat sekarang pagi ini mereka akan melepaskan kapal Stena Impero dalam masa beberapa jam. Oleh itu, kita faham bahawa keputusan politik untuk melepaskan kapal telah diambil. ”

“Kami berharap dapat keluar dalam beberapa jam, tetapi kami tidak mahu bila,” tambahnya. – MalaysiaGazette

es.