Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lapangan terbang Asia Pasifik mempunyai kehadiran kukuh dalam kategori syarikat penerbangan tambang rendah (LCC), dengan Kuala Lumpur (KUL) mengekalkan gelarannya sebagai hab Mega LCC paling berhubungan di peringkat antarabangsa dunia.

AirAsia merupakan syarikat penerbangan paling dominan dengan 41 peratus daripada semua penerbangan, demikian menurut satu kenyataan.

OAG, pembekal terkemuka dunia bagi data perjalanan dan wawasan telah mengeluarkan Indeks hab Mega 2019 yang mendedahkan 50 lapangan terbang utama paling berhubungan di peringkat antarabangsa di dunia.

Singapura (SIN) terus mendahului Asia Pasifik dalam ketersambungan antarabangsa, dengan menduduki ranking kesembilan di seluruh dunia bagi tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, Hong Kong menduduki ranking kedua serantau dan melonjak daripada tempat ke-13 ke kedudukan ke-10 dalam ranking dunia berikutan peningkatan 1.5 peratus dalam hubungan antarabangsa.

Sebanyak 16 lapangan terbang Asia Pasifik lain telah disenaraikan sebagai 50 hab Mega Utama di peringkat Global, dengan Incheon (ICN), Kuala Lumpur (KUL), Bangkok (BKK) dan Jakarta (CGK) menduduki ranking 20 Utama.

Bagi maklumat lanjut boleh layari https://www.oag.com/megahubs-international-index-2019. – Bernama