RIYADH – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang berjalan bersama seekor singa di sebatang jalan raya utama di Jeddah.

Penahanan itu dilakukan selepas agensi keselamatan menerima laporan bahawa seorang lelaki dilihat bersama seekor haiwan liar di luar sebuah kafeteria, menurut satu laporan.

Berikutan itu anggota peronda polis dikerahkan ke tempat tersebut dan mendapati seorang lelaki tempatan menyimpan seekor singa dalam sebuah kereta, lapor Sabq.

Suruhanjaya Hidupan Liar Arab Saudi telah mengeluarkan amaran bahawa memelihara haiwan liar sebagai binatang peliharaan adalah satu kesalahan. – Agensi