Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim berkata, tidak molek untuk kes seperti ini dibiarkan tertangguh sehingga enam bulan kerana akan meremehkan sistem perundangan negara.
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyeru orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Bekas menteri kabinet itu berkata, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

“Sedar-sedar Facebook baharu lapor – setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2? Kalau benar, caj ini jelas mencekik sebab yang guna khidmat kaunter kebanyakan guru, golongan B40, peneroka, nelayan dan peruncit.

“Sehelai cek sudah lama kena caj. Untung bank berbilion ringgit. Mari bantah,” katanya menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitternya.

Isu tindakan beberapa bank yang mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin bagi pembayaran bil kad kredit kini menjadi perbualan oleh netizen di media sosial. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tindakan Pengurusan bank mengenakan caj pelbagai kpd pelanggan ,selain mengaut keuntungan ,mereka juga telah menindas pelanggan dan pekerja bawahan nya. Perkara ini juga dilihat hanya memberi kelebihan kpd org atasan bank sahaja.

    Pekerja bawahan terutama golongan B40 yg bekerja di kaunter sentiasa menerima tekanan dari pengurusan yang terpaksa melayan maki hamun pelanggan yang tidak berpuashati.

    Pengurusan Bank di malaysia terlalu melampau untuk mengejar keuntungan demi kemewahan mereka sahaja, sebalik nya pekerja bawahan seperti hamba dan seperti peminta sedekah apabila pengagihan bonus prestasi.

    Selain itu juga Pengurusan bank dilihat Cuba melakukan penghapusan pengunaan tenaga kerja manusia ,setelah mengaut keuntungan melampau hasil dari caj caj terhadap pelanggan,mereka telah Cuba mengantikan tenaga manusia dengan sistem robot ,mesin automasi. Sedangkan keuntungan bank juga hasil sumbangan pekerja bawahan di pandang remeh , sebaliknya pekerja bawahan ditunjukan jalan keluar dengan pampasan terlalu kecil.

    Ayuh bangkit rakyat Malaysia Kita mempunyai KUASA PERUBAHAN , KITA TUNTUT KEADILAN DIDALAM HAK KITA SEBAGAI PENGUNA.

Comments are closed.