Allahyarham Ahmad Said Hamdan

KUALA LUMPUR – Seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Allahyarham Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, 67, yang kembali ke rahmatullah pada pukul 11.10 malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, Allahyarham meninggal dunia di rumah anaknya di Rawang dekat sini akibat sakit jantung.

Allahyarham telah menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM bermula pada 14 Mei 2007 hingga 31 Disember 2009.

“Seluruh warga SPRM mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette