Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton hadir pada Majlis Pelancaran Produk Minyak Pelincir Petronas Syntium yang baharu di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Pelumba Formula Satu (F1) pasukan Mercedes, Lewis Hamilton rindu untuk kembali beraksi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang kali terakhir menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) pada 2017.

Juara dunia lima kali itu berkata, selepas menjuarai GP Sepang pada tahun 2014 dia masih tidak dapat melupakan kenangan berlumba Sepang yang merupakan antara litar yang mencabar dan sukar dalam kalender F1

“Saya tak tahu kenapa kita kehilangannya (SIC) saya rasa ia tidak seharusnya berakhir. Ada orang tanya saya pagi tadi di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) kenapa tak berlumba F1 di Malaysia.

“Saya rasa itu sesuatu (tindakan) yang perlu dilakukan kerajaan Malaysia.

“Bagi saya ia antara litar sukar dan mencabar atau pun mungkin paling mencabar untuk setiap pelumba F1 dari segi fizikal dan mental,” katanya yang memburu kejuaraan dunia keenam pada sesi bersama media pada majlis pelancaran produk pelincir terbaharu Petronas di Menara Petronas hari ini.

Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Produk Minyak Pelincir Petronas Syntium yang baharu di Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 SEPTEMBER 2019.

SIC menganjurkan perlumbaan F1 selama 19 musim sebelum kerajaan memustuskan untuk tidak meneruskan penganjuran sukan permotoran itu berikutan faktor ekonomi dan kewangan yang tidak mengizinkan.

Bagaimanapun pada 19 Februari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap perlumbaan F1 akan kembali semual ke Malaysia suatu hari nanti.

GP Malaysia pertama yang diadakan pada 1999 dimenangi pelumba pasukan Ferrari, Eddie Ervine daripada Ferrari manakala Max Verstappen dari pasukan Red Bull meruapakan perlumbaan terakhir memenangi kejuaraan itu di Malaysia.

Berikutan Malaysia sudah tidak lagi menganjurkan perlumbaan F1, Hamilton berkata: “Kalau saya mahu kembali ke Litar Sepang rasanya mungkin sebagai pelumba Moto GP, tetapi itu tiada dalam fikiran saya langsung.

“Tetapi saya memang ingin kembali ke litar tercinta itu pada masa akan datang (kembalinya F1),” ujar pelumba itu.

Dalam pada itu, Hamilton memberitahu, dia teruja dapat kembali sebagai tetamu jemputan untuk produk pelincir terbaharu Petronas yang merupakan penaja utama pasukan Mercedes.

Menurutnya, beliau berpeluang melawat ke Malaysia dua kali setahun untuk melihat keindahan Menara Berkembar Petronas selain menikmati makanan kesukaannya, roti canai.

Dalam pada itu Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Datuk Seri Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya sentiasa menyokong dan komited memberi peluang dan melahirkan pelumba dalam sukan permotoran.

Namun kenyataan itu diulas Hamilton dengan berkata: “Kalau ada idea itu, saya boleh berhijrah ke sini dan jika mendapat kewarganegaraan Malaysia,” katanya diiringi sorakan dan tepukan tetamu. – MalaysiaGazette