TERKINI : “Menara Merdeka 118” Pembinaan Berkait dengan Sejarah Malaysia – Zeti Akhtar

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan menggunakan cara inovatif bagi menarik penyewa untuk menyewa di menara ikonik miliknya, Merdeka 118.

Ini bagi memastikan Merdeka 118 tidak terkena tempias daripada masalah lebihan bekalan dalam sektor hartanah terutama ruang pejabat dan komersial apabila bangunan tersebut siap pada tahun 2021.

Menurut Pengerusi PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, mereka mahu menjadikan Merdeka 118 berbeza dari mana-mana gedung beli-belah mahupun menara pejabat yang telah sedia ada di negara ini.