Lewis Hamilton mengakui baki musim perlumbaan F1 akan bertambah sengit ekoran kebangkitan Ferrari dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

SINGAPURA – Pendahulu Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton mengakui prestasi semasa yang dipamerkan Ferrari atas litar perlumbaan menyukarkan peluang pesaing terdekat untuk menewaskan pasukan Scuderia itu untuk baki musim ini.

Ferrari berjaya merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut musim ini dengan menaiki podium pertama di Grand Prix Singapura pada Ahad lalu manakala Lewis menamatkan saingan di tempat keempat.

Hamilton percaya Ferrari yang sebelum ini hanya dikenali kelajuannnya di trak kini membuktikan boleh merekodkan kemenangan di semua jenis trek perlumbaan termasuk litar jalanan.

“Sangat jelas kereta mereka berfungsi dengan baik di mana-mana dan akan menjadi lebih sukar untuk mengalahkan mereka.

“Mereka (Scuderia) sangat pantas di litar berlorong dan memanng kami tidak boleh bersaing dengan mereka di jalan berlorong.

“Tetapi kami pernah menang dengan menggunakan kereta yang tidak berapa bagus,” kata pelumba warga Britain itu menjelang GP Rusia Ahad ini.

Juara dunia lima kali pasukan Mercedes BMG Petronas itu kecewa menamatkan saingan di tempat keempat selepas pasukannya gagal menggantikan tayar segar agal lewat.

Perlumbaan itu telah dijuarai Sebastian Vettel yang memintas rakan sepasukannya Charles Leclerc pada hentian pit pertama.

Hamilton tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa perlumbaan akan datang akan bertambah sengit untuk diri dan pasukannya.- MalaysiaGazette