Lionel messi digantikan di separuh masa kedua menentang Villarreal semalam selepas mengalami kecederaan paha.

MADRID – Lionel Messi mengalami kecederaan pada pertemuan menentang Villarreal di Nou Camp malam tadi.

Barcelona telah merekodkan kemenangan 2-1 terhadap pasukan pelawat.

Messi yang baru sahaja pulih daripada kecederaan betis dan beraksi telah digantikan pada babak kedua selepas mengalami masalah pada paha.

Bintang Argentina itu memulakan penampilan kali ke-400 dalam La Liga semalam.

Messi menyempurnakan sepakan penjuru kepada Antoine Griezmann yang kemudian membuka jaringan pertama pada minit ke-6 sebelum Arthur menggandakan jaringan pada minit Ke-15.

Selepas perlawanan, Pengurus the Catalans, Ernesto Valverde menyifatkan kecederaan Messi sebagai masalah kecil yang tidak perlu dirisaukan.

“Apabila Messi dilihat menghadapi masalah atas padang, semua berhenti bukan sahaja di atas padang tetapi juga dalam kalangan penonton di stadium.

“Buat masa kini kami tidak mahu mengambil risiko dan akan mengimbas esok keadaan sebenarnya,” katanya.

Dengan kemenangan malam tadi, Barcelona melonjak ke tangga keempat dalam carta La Liga selepas permulaan hambar musim ini.

Messi digantikan dengan Penyerang Perancis Ousmane Dembele.

Pasukan yang dipromosikan ke La Liga Granada CF mengungguli carta dengan 11 mata menerusi 6 perlawanan selepas terikat seri 1-1 dengan Real Valladolid.

Atletico Bilbao dan Real Madrid masing masing berkongsi 11 mata dan menduduki tempat kedua dan ketiga setakat ini.- MalaysiaGazette