Lion Air
Pesawat Lion Air

JAKARTA – Boeing telah menyelesaikan tuntutan pertama nahas udara membabitkan Lion Air dengan keluarga yang terkorban akan menerima sekurang-kurangnya AS$1.2 juta setiap seorang.

Peguam Floyd Wisner dari Firma Guaman Wisner berkata, beliau telah menyelesaikan 11 daripada 17 tuntutan terhadap Boeing bagi pihak keluarga yang kehilangan keluarga selepas pesawat 737 MAX terhempas jatuh ke Laut Jawa pada 29 Oktober sejurus selepas berlepas.

Nahas itu membunuh semua 189 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap Boeing, Gordon Johndroe enggan mengulas mengenainya.

Malah, Boeing tidak mengakui liabiliti bagi 11 penyelesaiannya, kata Wisner.

Tuntutan tersebut masing-masing mewakili satu mangsa, adalah yang pertama diselesaikan daripada 55 tuntutan undang-undang terhadap Boeing di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat Chicago.

Wisner berkata, beliau tidak dapat mendedahkan jumlah penyelesaian kerana perjanjian kerahsiaan dengan Boeing.

Ketiga-tiga sumber itu berkata, keluarga mangsa-mangsa mangsa Lion Air, yang hampir semua dari Indonesia, akan menerima sekurang-kurangnya AS$ 1.2 juta setiap satu.

Jumlah itu adalah untuk satu mangsa tanpa ada tanggungan.

Boeing turut berdepan dengan 100 tuntutan saman daripada nahas Ethiopian Airlines 737 MAX pada 10 Mac lalu yang mengorbankan 157 orang.

Semasa kejadian, pesawat berkenaan dari Addis Ababa ke Nairobi. – MalaysiaGazette