abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mahukan keadilan untuk anggotanya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terlaksana walau apa juga kaedah yang diambil pihak berkuasa dalam menentukan punca kematiannya.
Laporan Penuh Jawatankuasa Khas Siasatan Kes Kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bulan hadapan.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohanan peguam negara untuk menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, pada Julai lepas.

Peguam yang mewakili Mohd Kassim Abdul Hamid, Abi Mursyidin Awal berkata prosiding komital itu akan diteruskan sebagai rayuan jenayah seperti diputuskan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes, Isnin lepas.

Abi Mursyidin berkata sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Meor Hashimi Abd Hamid menetapkan 22 Nov sebagai tarikh perbicaraan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner di sini pada 27 Ogos lepas yang telah membenarkan permohonan komital dijalankan terhadap peguam negara tersebut.

“Pada tarikh berkenaan juga, akan didengar bersama permohonan pihak responden untuk membatalkan notis rayuan yang difailkan pihak peguam negara sebelum ini.

“Hakim turut memerintah plaintif (peguam negara) memfailkan petisyen rayuan pada atau sebelum 7 Okt serta memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 10 Okt ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata Meor Hashimi turut menetapkan 24 Okt depan sebagai tarikh untuk pihak respondan dan plaintif memfailkan hujahan masing-masing manakala tarikh keputusan ditetapkan pada 25 Nov.

Terdahulu, pihak plaintif membuat permohonan lisan supaya menukar rayuan jenayah yang diputuskan Isnin lepas ditukar kepada rayuan sivil.

Pada 16 Julai lepas, Mohd Kassim, 64, memfailkan permohonan perintah komital terhadap peguam negara kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di Pejabat Pendaftar Mahkamah Koroner.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lepas dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis di Institut Jantung Negara.

— BERNAMA