TERKINI : Antara 16 Individu Disyaki Daesh “Rancang Serang Ahli Politik Negara” – PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu yang disyaki terlibat dengan pengganas Daesh ditangkap Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi yang bermula pada 10 Ogos hingga semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek terbabit terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.

Beliau berkata, mereka ditahan antaranya di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kami percaya bahawa 10 suspek yang ditahan di Semenanjung Malaysia aktif di media sosial dalam merekrut IS dan menyebarkan ajaran Salafi jihadi.

“Ada di antara mereka merancang melancarkan serangan terhadap ahli politik dan orang bukan Islam di negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.