TERKINI : POLIS Berjaya Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Myanmar – Datuk Cheong Koon Kock

KUALA LUMPUR – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan migran membabitkan warga Myanmar apabila menangkap seramai 77 orang dalam operasi yang dijalankan sejak Ahad lalu hingga semalam.

Timbalan Pengarah 2, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Cheong Koon Kock berkata, enam daripada mereka yang ditahan itu merupakan ketua-ketua sindiket manakala lima lagi adalah agen rangkaian.

Katanya, sindiket terbabit turut melibatkan warga tempatan dan kesemua migran warga Myanmar itu dibawa masuk ke negara ini menerusi pintu masuk Rantau Panjang, Kelantan dengan menyusuri Sungai Golok.

“Tangkapan dilakukan di 12 lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Pulau Pinang.