Ahmad Amzad Hashim
Ahmad Amzad Hashim

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas sewajarnya direhatkan daripada satu tempoh agar tidak lagi terlibat dengan siasatan ke kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, cadangan itu dikemukakan kerana Tommy enggan meletakkan jawatan walaupun didesak oleh banyak pihak.

Beliau yakin polis mampu menyelesaikan kes ini dengan membawa pihak bersalah ke muka pengadilan.

Namun, tambahnya, apabila Polis Diraja Malaysia akan merujuk kepada Peguam Negara berdasarkan keputusan Mahkamah Koroner, ia membimbangkan.

Ini kerana, Peguam Negara masih berada dalam prosiding menghina mahkamah, justeru Tommy dilihat sebagai pihak berkepentingan dalam kes ini.

Menurut Ahmad Amzad, pasukan siasatan khas juga perlu segera ditubuhkan dan kertas siasatan perlu dibuka semula bagi menyiasat kes ini secara menyeluruh terutamanya jika wujud campur tangan atau tekanan daripada mana-mana pihak. – MalaysiaGazette