TERKINI : NO KOMEN!!! Saya Tak Kisah – Zuraida Kamaruddin

SUBANG JAYA – “Saya dah buat pendirian kan?.

Itu jawapan Zuraida Kamaruddin ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan diadakan Ahad ini.

Naib Preisden PKR itu mengulang pendirian beliau untuk tidak hadir ke MPP Ahad ini selagi Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju untuk berjumpa beliau dan juga beberapa pemimpin yang dipilih.

Zuraida berkata, beliau tidak berganjak dari kenyataan awal yang dinyatakan kepada pemberita sebelum ini mengenai hasrat pertemuan dengan Ahli Parlimen Port Dickson itu yang pernah menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengannya.