Gambar hiasan

WASHINGTON – Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pesawat Boeing, B737 NG (Next Generation) selepas retakan ditemui pada beberapa pesawat.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata Boeing menemui retakan ‘ketika melakukan pengubahsuaian pada pesawat yang digunakan secara terlalu kerap’

Retakan yang sama juga ditemui pada beberapa pesawat tambahan, kata agensi itu.

Pesawat B737 Max, yang digantung operasi di seluruh dunia pada Mac lalu berikutan dua kemalangan tidak terlibat dalam pemeriksaan itu,

Boeing berkata, syarikat yang mengendalikan pesawat B373 NG telah dihubungi namun mereka tidak melaporkan menghadapi sebarang masalah.

Pembuat pesawat AS itu tidak menyataklan berapa banyak pesawat yang perlu diperiksa.

“Pasa masa mendatang, kami akan bekerjasama degan pelanggan kami untuk melakukan rancangan pemeriksaan yang disyorkan untuk pesawat tertentu,” kata Boeing dalam satu kenyataan kepada BBC.

“Isu ini tidak memberi kesan kepada sebarang pesawat 737 Max atau P-8 Poseidon,”.

BBC yang bertanyakan Boeing maklumat lanjut mengenai lokasi rakahan itu tidak menerima sebarang ulasan mengenainya.

Model B737 NG termasuk B737-700, B737-800 dan B737-900.

Aeroflot, American Airlines, Ryanair dan United Airlines merupakan antara syarikat penerbangan yang tersenarai sebagai pengendali B737 NG.

Menurut kenyataan FAA, ia akan ‘mengarahkan pengendali untuk melakukan pemeriksaan spesifik, melakukan sebarang pembaikan yang diperlukan dan melaporkan penemuan mereka kepada agensi itu dengan segera’.

Boeing menggantung operasi semua pesawat B737 Max pada Mac lalu berikutan dua kemalangan yang membabitkan model tersebut.

Pesawat B737 Max tidak terbang secara komersial sejak pesawat Ethiopian Airlines terhempas sejurus selepas berlepas pada 10 Mac lalu, dengan 157 orang terbunuh.

Pada 28 Oktober 2018, seramai 189 orang terkorban apabila pesawat Lion Air terhempas. = Agensi