Pemain Leicester City bersorak gembira selepas berjaya menrwaskan Newcastle United 5-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris tengah malam tadi

LONDON – Leicester City mendaki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris apabila berjaya menewaskan Newcastle United dengan jaringan 5-0 dalam aksi yang berlangsung awal tengah malam tadi.

Meskipun terpaksa mengharungi perlawanan dengan 10 pemain selepas James Maddison terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada buku lali, namun semangat untuk mengatasi pasukan lawan menjadi pendorong kepada City untuk terus bermain hingga wisel penamat.

Kemenangan itu dicapai dengan dorongan jaringan menarik pemain pertahanan Ricardo Pereira dan dua gol Jamie Vardy selain pasukan itu sendiri yang dari awal telah memulakan permainan dengan baik.

Pereira menyumbat gol pembukaan menerusi gerakan solo menarik pada minit ke-16.

Peluang Newcastle untuk bangkit kemudian pudar apabila pemain tengahnya, Isaac Hayden dilayangkan kad merah sebelum rehat susulan terjahan keras terhadap Dennis Praet.

Vardy menyumbat gol kedua pada minit ke-54 selepas memanfaatkan hantaran Harvey Barnes sebelum pertahanan Newcastle, Paul Dummett menjadikan kedudukan 3-0.

Vardy meneruskan ketajamannya di depan gawang apabila meledak gol keempat menerusi tandukan berpunca hantaran Marc Albrighton pada minit ke-64 sebelum Wilfred Ndidi menjaringkan gol kelima pada penghujung permainan.

Penyerang England itu turut menghamburkan pujian kepada Pereira.

Leicester ketika ini menghuni tangga ketiga liga selepas mengumpul 14 mata menjelang kunjungan ke Liverpool manakala Newcastle kendalian Steve Bruce berada di tangga kedua tercorot dan dijadual bertemu Manchester United selepas ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.