Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin

KUALA LUMPUR- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pendapatan bersih belum audit sebanyak RM221 juta bagi tahun kewangan 2018, jatuh 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih yang dinyatakan semula sebanyak RM459.5 juta bagi tahun kewangan 2018.

Ia juga mengisytiharkan dividen sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan 2018.

Antara faktor penyumbang kepada prestasi buruk tersebut adalah pembayaran dividen melampau dan melebihi kemampuan bagi tahun kewangan 2016 dan 2018.

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin, pada tahun kewangan 2016, LTAT membayar dividen sebanyak RM685.5 juta sedangkan pendapatan yang diselaraskan semula hanya berjumlah RM356.2 juta.

“Bagi tahun kewangan 2017, jumlah pembayaran dividen adalah RM686.8 juta berbanding pendapatan yang diselaraskan semula sebanyak RM459.5 juta.

Tambahnya, LTAT turut mengalami impak negatif hasil daripada pelaksanaan Standard Laporan Kewangan Malaysia (MFRS) yang telah mengakibatkan rosot nilai sebanyak RM116.7 juta bagi tahun kewangan tahun kewangan 2018.

Ia turut merangkumi rosot nilai bagi satu pelaburan besar yang berjumlah RM55 juta dan jangkaan kerugian kredit sebanyak RM61.5 juta.

Selain itu, Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. juga merekodkan rosot nilai sebanyak RM60.4 juta. -MalaysiaGazette