Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – Belum ada sebarang komitmen daripada kerajaan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata, kerajaan sedia memberi maklum balas terhadap reaksi serta kehendak rakyat.

“Kerajaan akan respon terhadap apa saja reaksi dan kehendak rakyat, tapi apakah itu satu-satunya kehendak rakyat dalam soal cukai, kita tak tahu lagi.

“Saya anggap sebagai ianya berhenti kat situ dulu, belum ada satu komitmen yang terang daripada kerajaan berkaitan dengan isu GST,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia anjuran Shopee, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedia untuk mengkaji cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengembalikan semula GST sekiranya ia kehendak rakyat.

Terdahulu, Pengerusi MIER, Tan Sri Dr. Kamal Salih berharap kerajaan memperkenalkan semula GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Menurut Kamal, cukai kepenggunaan itu adalah sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast