Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucapan pada Kongres Maruah Melayu.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata kesediaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir pada Kongres Maruah Melayu (KMM), Ahad ini bukan satu isu yang perlu diperbesarkan.

Waytha Moorthy yang memegang portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial berkata sebagai ketua negara, Dr Mahathir hanya mahu berucap kepada komuniti Melayu, dan itu bukan satu masalah.

“Itu okey, tidak ada masalah untuk Perdana Menteri hadir ke kongres itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penghayatan Rukun Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat pemimpin parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) menyifatkan penyertaan Dr Mahathir di Kongres itu tidak sesuai memandangkan beliau perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.

Kongres anjuran empat universiti awam, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan akan hadir ke kongres itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast