Liverpool didenda kerana menggunakan pemain tidak cukup kelayakan untuk aksi Piala Carabao minggu lalu

LONDON – Liverpool terselamat daripada dikenakan penggantungan penyertaan Piala Carabao musim ini dengan hanya didenda £200,000 pound.

Tindakan itu menyusul selepas pasukan tersebut didapati menurunkan pemain yang tidak layak dalam aksi pusingan ketiga ketika menentang MK Dons pada minggu lalu.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) sepatutnya digantung daripada mengambil bahagian dalam kejohanan musim ini ekoran kesalahan.

Pemain muda Sepanyol, Pedro Chirivella, 22, masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan yang menyaksikan Liverpool menang 2-0.

Liga Bola Sepak England (EFL) mendakwa adalah tidak wajar menyingkir Liverpool daripada kejohanan hanya disebabkan faktor kekurangan.

Liverpool akan menerima kunjungan Arsenal pada pusingan keempat Piala Carabao 29 Oktober ini.

Liverpool berkata pihaknya menerima keputusan itu serta hukuman denda itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai kesalahan teknikal.

Chirivella memerlukan kertas kerja selepas dipinjamkan kepada kelab Sepanyol musim lalu.

EFL menambah Liverpool mendapatkan bimbingan persatuan sebelum bermulanya musim ini dan telah dibenarkan untuk memasukkan Chirivella dalam senarai pasukan Liga Premier 2 bawah 23 tahun. – MalaysiaGazette