Pemain-pemain Liverpool meraikan kemenangan selepas menang 4-3 dalam perlawanan menentang Red Bull Salzburg, awal pagi tadi

LIVERPOOL – Juara bertahan, Liverpool mengatasi Red Bull Salzburg 4-3 pada aksi menarik Liga Juara-Juara awal pagi tadi selepas mensia-siakan kelebihan tiga gol di Anfield, Mohamed Salah meledak gol kemenangan.

Salah membantu Liverpool memenangi aksi Kumpulan E itu menerusi gol keduanya pada minit ke-69, menafikan Salzburg satu mata selepas pemain remaja sensasi Erling Braut Haaland mengejutkan Reds apabila dia melengkapkan kebangkitan menakjubkan dengan gol ke-18 buatnya musim ini.

Bagaimanapun Liverpool nyaris dikejutkan kelab Austria yang bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk menyamakan kedudukan sebelum Mohamed Salah meledak gol kemenangan.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp percaya masih banyak ruang untuk peningkatan buat juara Eropah itu selepas pasukannya merakam kemenangan tersebut.

Sadio Mane membuka jaringan ke atas bekas kelabnya pada minit kesembilan diikuti jaringan Andy Robertson dan Salah pada minit ke-25 dan 36.

Juara Austria itu bagaimanapun merapatkan jurang sebelum rehat menerusi Hwang Hee-Chan. Takumi Minamino dan penyerang remaja sensasi, Erling Braut Haaland memastikan kedudukan kembali seimbang sebaik dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Bagaimanapun, Salah memusnahkan malam mereka dengan gol keenamnya musim ini dalam semua pertandingan, meletakkan Liverpool terikat tiga mata dengan Salzburg, satu mata di belakang Napoli yang seri tanpa jaringan di Genk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast